Terma Dan Syarat

PRODUK : PREMIUM LANDING PAGE

Dikemaskini : 29 September 2020

1.TERMA DAN SYARAT SERVIS

1.(a) -Ini merupakan TERMA DAN SYARAT penggunaan servis kami. Anda hendaklah membaca sepenuhnya syarat-syarat yang dinyatakan di bawah ini untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat di masa hadapan.Terma dan syarat ini boleh digunakan oleh kedua-dua belah pihak bagi tuntutan perundangan. Sekiranya terdapat percanggahan, pertikaian, ataupun kekeliruan di antara dua pihak berkenaan terma, frasa, dan ayat yang terkandung di dalam Terma dan syarat, maka Terma Dan Syarat di dalam laman web rasmi kami di (https://hartanah.my/terma-dan-syarat) akan digunakan bagi mengantikan apa jua bentuk perjanjian, komitmen, kontrak, dan persetujuan di luar selain daripada apa yang tertera dan dan terkandung di dalam terma dan syarat ini.

1.(b) -Terma dan syarat yang lama akan terbatal dengan sendirinya seandainya terma dan syarat di laman web kami dikemaskini. Terma dan syarat yang terkini akan diguna pakai mengantikan terma dan syarat yang lama.Tiada sebarang notifikasi secara manual atau automatik mengenai perubahan terma dan syarat kepada pelanggan kami melalui email, panggilan telefon, atau apa jua bentuk notifikasi. Pelanggan dikehendaki sentiasa memeriksa sebarang perubahan (terma dan syarat) di laman web kami.

1.(c) -Perkataan “Kami” merujuk kepada pemilik laman web hartanah.my yang menyediakan servis membina dan menyelenggara laman laman iaitu KHAIRUL AZAHAR BIN SHARRIFFUDDIN (Nama mengikut Kad pengenalan) dan perkataan “pelanggan”adalah orang yang menerima servis membina laman web. Pelanggan yang melanggan servis kami akan menerima Terma dan syarat ini melalui notifikasi email sebelum apa-apa proses mula kerja dimulakan. Segala rekod penerima email dan juga pembayaran akan direkod oleh pihak kami bagi pengesahan status pelanggan dan ia akan disimpan bagi tujuan tuntutan perundangan pada masa hadapan (sekiranya ada).

(BAHAGIAN A) PEMBAYARAN SERVIS DAN TEMPOH PERJANJIAN REKAAN

A (1). Pelanggan dikehendaki menyediakan deposit kepada pihak kami (nilainya berubah dan tidak tetap) bagi kami memulakan kerja-kerja rekaan. Pelanggan boleh melakukan pembayaran melalui akaun bank MALAYAN BANKING BERHAD bernombor akauan 162012871860 di atas nama KHAIRUL AZAHAR SHARRIFFUDDIN ataupun membayarnya secara online melalui link yang akan diberikan oleh pihak penyedia perkhidmatan iaitu kami. Segala transaksi akan direkod dan setiap pelanggan akan menerima resit pembayaran daripada pihak kami.

A (2).Setelah kami menerima deposit daripada pihak pelanggan, kami akan memulakan kerja-kerja rekaan draft di dalam tempoh 5 hari dan akan mempersembahkan draft tersebut kepada pelanggan. Pelanggan diberi tempoh masa 3 hari untuk mengubah mana-mana bahagian yang tidak dikehendaki. Ini bermakna tempoh masa untuk design adalah 5 +3 hari. (total 8 hari setelah pembayaran deposit dilakukan).

A (3).Sekiranya tiada kata sepakat dapat dicapai di dalam tempoh 8 hari, kedua-dua belah pihak berhak sepenuhnya untuk membatalkan urusan. Tiada sebarang kos akan dikenakan oleh kedua-dua belah pihak dan bayaran deposit tidak akan dikembalikan.  Penyambungan tempoh 8 hari adalah bergantung kepada budi bicara daripada kedua-dua belah pihak.

A (4).Pihak kami dan pelanggan tidak berhak untuk menuntut apa-apa tuntutan berkenaan kehilangan, kerugian, ataupun apa sahaja bentuk tuntutan perundangan di atas kegagalan mencapai kata sepakat di dalam tempoh 8 hari. Kedua-dua belah pihak berhak untuk memutuskan perjanjian selepas tempoh itu.

(BAHAGIAN B) PENGGUNAAN, PENAMATAN SERVIS & HAK PEMILIKAN REKAAN

B (1).Servis yang disediakan oleh kami ini merupakan servis langganan yang berbentuk tahunan. Pelanggan perlu membayar amount yang telah ditetapkan oleh pihak kami mengikut invoice yang telah dikeluarkan oleh pihak kami. Sekiranya pelanggan gagal untuk melakukan pembayaran pembaharuan servis tahunan pada tahun berikutnya, pihak penyedia perkhidmatan (iaitu kami), berhak sepenuhnya untuk menghentikan akses ke laman web serta merta (pada tempoh akhir pembaharuan). Kesemua kandungan di laman web akan dilupuskan daripada server kami pada tarikh akhir pembaharuan. Segala rayuan dalam apa jua jenis bentuk tidak akan dilayan oleh pihak kami.

B (2).Kesemua kandungan design (rekaan) laman web adalah milik penyedia perkhidmatan sepenuhnya (iaitu kami). Pelanggan tidak mempunyai hak untuk mengakses, mengubah atau memindah mana-mana bahagian di dalam laman web keluar daripada server tanpa pengetahuan daripada pihak kami. Kesemua Design dan Rekaan dilindungi dibawah pemilikan kami. Tindakan perundangan akan diambil sekiranya pihak pelanggan ingkar dan melanggar terma dan syarat ini.

B (3).Sekiranya, pelanggan ingin menamatkan servis didalam tempoh langganan. Tiada sebarang REFUND ataupun bayaran lebihan bagi tempoh yang berbaki kepada pelanggan. Kami akan melupuskan segala kandungan laman web daripada server kami. Pelanggan tidak boleh memohon mana-mana isi kandungan rekaan untuk dipindahkan daripada kami kerana semuanya adalah hak mutlak pihak kami.

B (4).Pihak kami berhak sepenuhnya untuk tidak menyambung servis kepada mana-mana pelanggan bagi tempoh langganan untuk tahun seterusnya. Pihak kami akan menghantar Notis 2 bulan dari tempoh tamat perkhidmatan. Pihak kami akan menghantar notis ke email rasmi pelanggan yang telah didaftar & disimpan di dalam sistem kami. Kandungan rekaan adalah hak milik mutlak kami, tiada permohonan dibenarkan untuk pindah milik. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan tidak mendapat maklumat notis pemberitahuan tersebut. Segala jenis bantahan tidak akan dilayan.

B (5).Pihak kami berhak sepenuhnya untuk menamatkan servis pelanggan pada bila-bila masa yang dirasakan perlu oleh kami dan di dalam apa jua bentuk  dan keadaan dengan pembayaran penuh pemulangan wang (REFUND) kepada pihak pelanggan sebagaimana harga langganan.

(BAHAGIAN C) PENGUBAHSUAIAN LAMAN WEB

C (1).Pelanggan hanya dibenarkan untuk mengubah atau menambah atau mengurang apa-apa info di dalam laman web PERCUMA sekali sahaja setiap bulan. Kami hanya membenarkan permohonan perubahan pada tarikh 1-5 haribulan pada setiap bulan, dan perubahan akan dilakukan di antara 6-10 haribulan pada setiap bulan. Permohonan di luar daripada tarikh yang dibenarkan tidak akan dilayan sama sekali.

Permohonan kali kedua dan di luar daripada tarikh yang dibenarkan akan dikenakan caj RM20. Perubahan, pertambahan, ataupun pengurangan info-info di dalam laman web adalah bergantung kepada tafsiran, pertimbangan, dan budi bicara daripada pihak kami.

C (2).Pihak kami berhak untuk menolak permohonan daripada pihak pelanggan sekiranya permohonan tersebut tidak memenuhi syarat mengikut tafsiran pihak kami. Perubahan untuk design adalah tidak dibenarkan sama sekali. (bergantung pada budi bicara pihak kami)

2.PERSETUJUAN TERMA DAN SYARAT

2.(a) -Kami mengganggap pelanggan telah MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERSETUJU dengan terma dan syarat ini. Seandainya pelanggan telah melakukan pembayaran deposit atau apa jua bentuk bayaran kepada akaun yang telah dinyatakan di dalam (bahagian A) Terma dan Syarat Ini, maka pelanggan secara rasminya telah bersetuju dengan kesemua Isi Terma Dan Syarat Ini.

2.(b)-Segala Urusan Rasmi kami akan menggunakan email [email protected] dan nombor telefon 016-2954386. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan melakukan apa-apa urusan selain daripada alamat email dan nombor telefon yang telah dinyatakan ini.

Home

Call

WhatsApp

Email