Promosi listing hartanah anda, percuma.

Satu pautan untuk semua listing anda. Kongsikan hartanah.my/@namaanda di WhatsApp, Facebook dan TikTok, dan terima pertanyaan terus ke WhatsApp anda.

Percuma sehingga 10 hartanah.

Kenapa Hartanah.my

Semuanya di hujung jari anda.

Urus senarai hartanah dengan lebih sistematik. Tiada lagi prospek tercicir atau pelanggan hilang kerana lambat dibalas.

Setup pantas dan mudah

Tak perlu tahu coding. Daftar, isi maklumat profil, tambah hartanah dan mula promosi dalam masa 3 minit.

Pertanyaan tersusun

Prospek isi borang minat di profil anda. Sistem rekodkan prospek dan sediakan mesej WhatsApp yang kemas apabila nombor anda tersedia.

Pautan bio profesional

Dapatkan pautan hartanah.my/@username anda sendiri. Letak di bio Instagram, TikTok atau Facebook untuk memudahkan prospek.

Cara kerja

Dari pertanyaan hingga ke WhatsApp anda.

Prospek tidak perlu muat turun apa-apa. Profil anda dibuka terus di pelayar telefon atau komputer.

  1. 1

    Tanya tentang hartanah

    Prospek layari profil hartanah.my anda dan tanya tentang hartanah yang mereka minati.

  2. 2

    Isi maklumat

    Sistem kumpul nama, nombor telefon dan pertanyaan dengan kemas dalam satu borang.

  3. 3

    Hantar pertanyaan

    Sistem memproses maklumat dan menyediakan mesej WhatsApp untuk dihantar kepada anda.

Prospek dan WhatsApp

Prospek tersusun, mudah follow up.

Tiada lagi mesej berterabur. Setiap pertanyaan direkodkan dan mesej WhatsApp diformatkan dengan maklumat hartanah yang diminati.

  • Maklumat prospek yang lengkap dan tepat
  • Pautan terus ke hartanah yang diminati
  • Mudah untuk anda follow up
  • Tiada komisen atas jualan anda

Profil dan branding

Profil anda, identiti anda.

Cipta profil yang menggambarkan profesionalisme anda. Pilih template header, warna tema dan paparkan pautan media sosial, tanpa perlu designer.

  • 6 template header: Klasik, Tengah, Banner, Terbahagi, Sorotan dan Minimal
  • Pilihan warna tema untuk personal branding
  • 6 platform sosial: Instagram, Facebook, TikTok, WhatsApp, Telegram dan laman web
  • SEO automatik: tajuk, penerangan dan imej perkongsian

Analitik dan prestasi

Ketahui siapa yang melihat profil anda.

Pantau prestasi profil anda. Lihat berapa ramai pelawat, dari mana mereka datang dan hartanah mana yang paling menarik perhatian.

  • Jumlah pelawat dan pelawat unik harian
  • Klik WhatsApp direkodkan secara automatik
  • Pecahan peranti: telefon, tablet dan desktop
  • Sumber trafik: dari mana pelawat anda datang
  • Hartanah popular: mana yang paling diminati

Urus prospek

Urus prospek dengan lebih kemas.

Setiap pertanyaan yang masuk direkodkan secara automatik. Jejaki status prospek dari pertanyaan pertama hingga jualan berjaya, dalam satu dashboard.

  • Aliran status: Baru, Berminat, Viewing, Selesai
  • Setiap prospek dipautkan dengan hartanah yang diminati
  • Nota dalaman untuk setiap prospek
  • Tapis mengikut status untuk follow up pantas

Harga

Pilih pelan yang sesuai dengan anda.

Mula secara percuma dan naik taraf bila senarai hartanah anda semakin bertambah.

Percuma

Sesuai untuk ejen yang baru bermula.

RM 0 /bulan
  • 1 profil hartanah
  • Maksimum 10 hartanah
  • Pautan hartanah.my/@username
  • Prospek melalui WhatsApp
  • Analitik asas
Mula secara percuma
Paling popular

Pelan PRO

Untuk ejen yang mengurus banyak hartanah.

RM 10 /bulan
  • 1 profil hartanah
  • Maksimum 500 hartanah
  • Pautan hartanah.my/@username
  • Prospek melalui WhatsApp
  • Analitik standard
Langgan PRO

FAQ

Soalan lazim

Semua yang anda perlu tahu tentang Hartanah.my.

Adakah Hartanah.my percuma?
Ya. Pelan percuma membolehkan anda mula dengan maksimum 10 hartanah. Anda boleh naik taraf ke pelan PRO untuk had yang lebih tinggi.
Bolehkah saya guna domain sendiri?
Pada permulaan, anda menggunakan hartanah.my/@username. Domain sendiri tersedia sebagai tambahan yang diuruskan oleh admin.
Adakah prospek perlu muat turun aplikasi?
Tidak perlu. Profil anda boleh dibuka melalui pelayar web biasa di telefon atau komputer.
Bagaimana saya menerima prospek?
Prospek mengisi borang di profil anda. Maklumat mereka direkodkan sebagai prospek dan mesej WhatsApp disediakan jika nombor WhatsApp anda tersedia.

Sedia untuk mula promosi hartanah anda?

Bina profil percuma, kemudian kongsi pautan anda di Instagram, TikTok atau Facebook.

Bina profil percuma